Woosh Woosh! Pergi Haji!

Alif : Woosh! Woosh!

Alif : Eh?

Alif : Papa..Haji tu apa?

Papa : Oh, Haji tu adalah rukun Islam kelima

Papa : Yang wajib dilakukan oleh mereka

Papa : Yang berkemampuan

Papa : Haa…Nak tak papa ceritakan

Papa : Rukun haji yang mesti dilakukan?

Alif & Sofia : Nak!

Papa : Haa.. Rukun haji yang pertama

Papa : Adalah berniat menunaikan haji.

Papa : Jemaah haji mesti memakai pakaian ihram

Papa : Dan lepas niat

Papa : Disunatkan membaca talbiah

Alif : Membaca talbiah tu…

Alif : Macam mana papa?

Papa : Oh..Mudah je!

Papa : Mari papa tunjukkan

Papa : Alif…Sofia..

Papa : Mari ikut papa baca

Papa : Labbaik Allahumma Labbaik

Alif & Sofia : Labbaik Allahumma Labbaik

Papa : Labbaika la syarikalaka labbaik

Alif & Sofia : Labbaika la syarikalaka labbaik

Papa : Innal hamda

Alif & Sofia : Innal hamda

Papa : Wan nikmata

Alif & Sofia : Wan nikmata

Papa : Laka wal mulk

Alif & Sofia : Laka wal mulk

Papa : La syarika lak

Alif & Sofia : La syarika lak

Papa : Rukun haji yang kedua adalah

Papa : Wukuf di Arafah.

Papa : Bermula selepas zohor 9 Zulhijjah

Papa : Hingga terbit fajar matahari

Papa : Ke 10 Zulhijjah

Papa : Rukun haji yang ketiga ialah

Papa : Tawaf Ifadah

Sofia : Emm…Tawaf ifadah tu apa pula?

Papa : Okey

Papa : Tawaf ifadah ialah mengelilingi kaabah

Papa : Sebanyak 7 kali

Papa : Tawaf ifadah ini juga dilakukan selepas

Papa : Melontar Jumratul Aqabah pada 10 Zulhijjah

Alif & Sofia : Oooo…

Alif : Lepas tu apa lagi, Papa?

Papa : Rukun haji yang keempat ialah sai haji

Papa : Sai haji ni ialah

Papa : Berjalan berulang-alik

Papa : Di antara bukit Safa dan Marwah

Papa : Sebanyak 7 kali

Papa : Rukun haji yang kelima ialah tahallul

Papa : Iaitu dengan bergunting atau pun bercukur

Alif : Haa?!

Alif : Hilanglah nanti rambut Alif!

Sofia : Hmm…

Sofia : Nanti tumbuh baliklah Alif.

Papa : Hahaha

Papa : Haa..Macam macamlah Alif ni

Papa : Okey

Papa : Rukun yang terakhir pula ialah tertib

Papa : Tertib dalam melakukan kesemua rukun haji

Papa : Dengan sempurna

Alif : Ooo…

Alif : Hmm.. Alif faham!

Sofia : Terima kasih papa!

Sofia : Ohsem!

Sofia : Kalau nak tengok video Alif dan Sofia lagi

Sofia : Jangan lupa like dan subscribe

Sofia : channel Alif Sofia

Alif : Alif tahu!

Alif : Tekan sekali di icon loceng

Alif : kat tepi butang subscribe ya kawan-kawan!

Sofia : jangan lupa komen sekali ya!