Cikgu Melati ialah guru kelas Aman di Tadika Mesra, menggantikan Cikgu Jasmin yang pergi menimba ilmu di Kuala Lumpur mulai episod “Terima Kasih Cikgu!”.
| MAKLUMAT PERIBADI | |
| Nama sebenar | Melati |
| Nama panggilan | Cikgu Melati Cikgu |
| Kaum | Melayu |
| Jantina | Perempuan |
| Umur | Tidak diketahui |
| Warna mata | Perang |
| Rambut | Hitam |
| Pekerjaan | Guru bagi kelas Aman di Tadika Mesra |
| Hobi | Menari |
| Status | Hidup |
| Sekutu | Tadika Mesra Kampung Durian Runtuh |
| Keluarga | Tidak diketahui |
Rupa
Cikgu Melati boleh disifatkan sebagai seorang pemudi yang berwajah ayu dan molek dan berbadan ramping. Kepalanya agak kecil dan matanya agak besar jika dibandingkan dengan watak-watak dewasa yang lain.
Perwatakan
Cikgu Melati merupakan seorang guru yang ceria, manis dan peramah. Dia gemar mengangkat isyarat V dekat dahi sewaktu mengajar.
